Visi Dan Misi

VISI
Memastikan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kg. Balan, Dalat mencapai tahap PSS Cemerlang dalam proses Pembestarian Sekolah dan sentiasa bersedia membudayakan keilmuan dan kecemerlangan pendidikan.

MATLAMAT PSS SK  KG. BALAN, DALAT
1. Mempertingkatkan mutu pendidikan dengan mengumpul, menyusun dan menyebarkan bahan-bahan ilmu pendidikan kepada warga SK Kg. Balan, Dalat.
2. Membantu pengajar-pengajar supaya memperoleh dan menguasi ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dengan lebih mendalam dan berkesan, seterusnya meningkatkan taraf profesionalisme keguruan masing-masing.
3. Membantu pelajar-pelajar supaya berilmu pengetahuan yang lebih mendalam, berdikari, kraetif dan berdisiplin dalam usaha mengejar ilmu pengetahuan melalui penggunaan kemudahan dan perkhidmatan PSS SK Kg. Balan, Dalat.
4. Merapat jurang perbezaan dalam kemudahan pendidikan di antara institusi pendidikan di dalam dan luar bandar.

MISI
Memberi peluang saksama kepada segenap warga Sekolah Kebangsaan Kg. Balan, Dalat berbudaya keilmuan dengan menikmati semua kemudahan, perkhidmatan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran menerusi PSS yang efektif, dalam melahirkan warga yang intelektual, bermaklumat, bertamadun dan gemilang.



OBJEKTIF PSS SK KG. BALAN, DALAT  
1. Menyediakan pelbagai sumber bagi kemudahan guru dan murid-murid.
2. Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran.
3. Meningkatkan profesionalisme guru.
4. Mengumpul, menyimpan, dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
6. Mengembangkan kemahiran penyelidikan dan pencarian maklumat.
7. Memupuk tabiat belajar sendiri dan menyelidik melalui pusat sumber.

No comments:

Post a Comment